Sunday 16 March 2014

ADA BERAPA LENS ?



Assalamualaikum,
Salam hormat semua! 
Sihat kerr? Moga sihat sihat belaka lah ye :)




Hari tu ali dah share satu entry mengenai white balance kan. Kali ni nak share sikit pengetahuan mengenai LENS :D . kalau ada terkurang ker apa ke mohon diberi teguran. Kite sama sama tegur :)
Untuk pengetahuan semua,  lens ialah peralatan kamera yang mengandungi element kanta cekung dan kanta cembung yg di susun. Alaa masa sekolah menengah ada belajar psl cermin cermin ni kan. 
Mesti ingatkan?? Ia berperanan membiaskan cahaya ke sensor DSLR korang.
Kebiasaannya, terdapat 3 gelang pada lens korang, 

Pertama : gelang fokus
·         Dimana ia adalah bahagian kawalan bagi focusing secara manual.
Kedua : gelang aperture
·         Iaitu ia adalah kawalan bukaan lens untuk manual setting.
Ketiga : gelang zoom
·         Ialah untuk mengawal zoom

Walaubagaimanapun, untuk makluman, kawalan ini boleh dilakukan oleh kamera korang. Melainkan zooming. Zooming perlu dilakukan oleh tangan korang sendiri.

Cara pegang yang betul pun memainkan peranan yg penting jugak. Jika korang tidak memegang kamera dengan betul, ini akan menyebabkan korang lambat untuk bertindak menukar zoom lens dan akhirnya korang terlepas peluang mengambil gambar yang best tu. Kan kan kan.. pastu menyesal~ pokpekpokpek sorang diri. Hihihi :D

Secara asasnya terdapat 9 jenis lens dalam pasaran, antaranya ialah:


  •  Fish eye – Lensa mata ikan 8mm
  • Super Wide Angle – mempunyai bukaan 90o. cth lens ialah 16/24mm

  • Wide Angle – mempunyai bukaan lebih besar dari 60o sudut pandangan. Lens ini banyak di gunakan dalam architecture. Lens yang biasa digunakan ialah 28/36mm

  •  Normal lens –atau standard lens – mempunyai bukaan 50o sudut pandangan. Cth normal lens adalah 50mm f1.8.

  • Telefoto lens – mempunyai bukaan yang lebih kecil daripada lensa normal, atau focal length lebih besar dari 50mm. kebiasaannya lens ini digunakan untuk merakam gambar dari jarak jauh.contoh lens yang digunakan ialah 70mm/ 100mm/ 135mm/ 200mm/ 300mm. tetapi terdapat juga lens ini yang bukaannya boleh selarasakn seperti AFS Nikkor 70-200 VR f2.8

  • Super telephoto lens – kebiasaanya lens ini adalah lens prime seperti 600mm/ 1000mm.

  •  Micro lens – mempunyai bukaan 25o sudut pandangan. Selalu digunakan untuk close up sesuatu gambar atau objek kecil
  • Zoom lens – zoom lens merujuk kepada lens yang mempunyai pelbagai focal length. Sebagai contoh 70-200mm atau 18-70mm

  • Prime lens – merujuk kepada lens yang mempunyai 1 focal length/ sudut pandangan saja. Sebagai contoh 50mm 1.8.




Setiap lens yang ada mempunyai kegunaan yang tersendiri. Ali menasihatkan korang menguasai kemahiran korang menggunakan KIT LENS yang telah dibeli, jangan terburu-buru untuk membeli lens jenis lain.
 Jgn ikut org. ikut ilmu ikut kemampuan masing masing. Yg penting ilmu. Ada rezeki, tambah ilmu kemahiran dan lens jenis lain.

Sebab, kalau korang terburu buru, korang akan kehilangan pengalaman menggunakan standard lens yang mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Apa yang amat menyedihkan, terdapat pelbagai shot istimewa yang akan korang jumpa dan hasil yang terbaik hanyalah dengan menggunakan KIT LENS & tidak memerlukan lens yang mahal.

Penemuan-penemuan ini perlukan pengetahuan yang tinggi dalam teknik DSLR. Penggunaan teknik yang tepat akan menghasilkan shot yang sangat baik bagi sesuatu scenes, penemuan-penemuan ini korang boleh pelari dari mereka yang berpengalaman.
Namun ali ingatkan korang, bukan semua orang sudi berkongsi ILMU dan PENGALAMAN mereka. Ada yang LEBIH MEMILIH BULU.

Semoga apa yang ali kongsi kan ni beri manfaat kat korang.
Nantikan enrty ali mengenai perkongsian dalam dunia fotografi yang seterusnya ye.

Salam ukhwah. Sama sama merapatkan.
#mohon teguran.







Wednesday 12 March 2014

WHITE BALANCE



Assalamualaikum,
Salam hormat semua :)


ni simbol white balance


Apa khabar korang? Semoga korang berada dalam keadaan  yang sihat dan sejahtera la hendaknye ye :)
Macam mana entry yang lepas? Dah habis baca? Hmm? Hmmm?

Mintaknya korang dah baca dan dapat manfaat drpd entry yg Ali sediakan tu ye… hari ni Ali nak kongsi sikit mengenai WHITE BALANCE.
Mesti ramai yg dah tahu kan? Bagi beginners? Jom baca tambah ilmu anda! :)
Tetapi korang mungkin sukar untuk memilih mode white balance dalam kamera korang kan kann..
Untuk pengetahuan ukuran cahaya yang dilihat diukur dalam nilai Kelvin. Secara mudah, kita rasa sejuk, kelvin rendah dan sumber cahaya merah, bila kita rasa panas, kelvin tinggi dan sumber cahaya biru.

Maka terdapat beberapa mode white balance disediakan untuk menentukan keseimbangan antara nilai suhu sumber cahaya dengan had suhu yang dibaca oleh kamera kita.

Antara white balance mode yang ada dalam DSLR termasuklah:

  1.   Auto 
  2.   Tungsten
  3.     Fluorescent
  4.   Daylight/ Sunny ( ada kamera yang ada da nada yang takda )
  5.   Cloudy 
  6.     Flash
  7.   Shade
  8.    Kelvin ( ada kamera yang ada, ada yang takda )



Setiap mode ini mempunyai range ukuran kelvin yang berbeza-beza.

Mesti korang rasa pening nak pilih mode yang mana patut digunakan kan? Sebenarnya perkara ni mudah jer..
Ali tak galakkan korang gunakkan mode AUTO, sebab hasilnya akan berterabur.. kejap biru, kejap merah, kejap kuning. Terutama waktu ambil gambar gambar dalam rumah. Mesti korang pernah alamikan?

Jadi apa saranan Ali, korang boleh gunakan 2 mode iaitu sama ada kelvin atau Daylight/ Sunny.

Kenapa Ali sarankan dua mode ni? Pertama kedua-dua ini boleh menyeimbangkan white balance hampir sama dengan penglihatan mata. Kedua mode ini paling mudah untuk kita kawal & sangat cepat untuk kita buat pembetulan white balance dalam process editing.
Nilai mode kelvin adalah bermula dari 2 000k hingga 10 000k manakala Daylight/ Sunny nilai kelvinnya ialah tetap iaitu 5 000k atau 5 500k
Apa jua keadaan kita andaikan sumber cahayanya datang dari sumber cahaya yang sama iaitu matahari , nilai cahaya waktu siang adalah sekitar 5000-6500k
Jadi hasil yang kita perolehi akan hampir sama sentiasa. Pada pengguna yang ada mode kelvin korang beruntung sebab dapat mengambil gambar setepat yang mungkin dengan apa yang anda lihat didepan korang.

Mudahkan korang?
Sekarang takyah nak pening-pening, guna mode yang sama sahaja sama ada kelvin atau Daylight/ sunny. Proses pembetulan white balance dalam editing korang akan lebih pantas J

Oklah setakat ni dulu ye korang. Nantikan entry Ali yang selanjutnya untuk info yg lebih berguna

#teruskan karya korang……
#minta ditegur jika salah. sama sama kongsi. :)






Monday 3 March 2014

ETIKA FOTOGRAFI

Assalamualaikum
salam sejahtera,
salam hormat
hye semua!


 

sebelum ali nak kongsi sikit berkaitan dengan etika, ali nak menyuarakan pendapat ali mengenai siapa itu jurugambar. selalu jugak dengar, untuk jadi jurugambar Profesional mesti kena ada kamera Pro, mahal, lens power, mesti yang ternama dan macam macam lagi lah.

dalam dunia jurugambar, kita adalah sama, apa yang membezakan kita semua adalah ilmu antara kita. betul tak? kalau ilmu takda, kamera tu akan jadi sama sahaja seperti kamera yang paling murah.

tapi walaupun jurugambar tu hanya menggunakan kamera yang murah , tapi penuh ilmu didada, gambar yang di tangkapnya mesti superb awesome!!

ok. ali bagi contoh. sahabat ali, kamera yang dia guna hanyalah Nikon D40X, tapi dengan ILMU dan PENGALAMAN dia, dia sentiasa mengambil gambar yang penuh dengan cerita atau ali katakan journalism.

tapi ada jugak kenalan ali yang gunakan Nikon D700, tapi hasilnya tak sempurna, penuh dengan kesilapan dan kekurangan.

moral ceritnya, kamera adalah kemudahan, penggunanya yang perlu tambah ilmu. betul tak??

pasti korang setuju dengan pendapat ali yang fotografi digital merupakan hobi yang sangat mengasyikkan.
ada yang sanggup pergi jauh jauh berhabis untuk mendapatkan kualiti gambar dan pengalaman yang superb kan..

ia memberi peluang kepada seseorang yang menzahirkan kreativiti dengan cara yang agak mudah kerana apa yang perlu dilakukan ialah mencari subjek yang dikehendaki dan merakam foto dengan teknik yang sesuai.

dengan kemajuan teknologi digital, kini sesiapa pun boleh menikmati fotografi dan mahir dalam tempoh yang singkat. ditambah lagi dengan adanya internet, jurufoto boleh berkongsi ilmu dan juga hasil karya masing-masing.

seperti yg kita lakukan sekarang.

dalam keghairahan untuk mencuba perkara baru dalam fotografi, sama ada teknik mahupun perubahan subjek, kita mungkin juga alpa dengan etika yang wajar.

apa yang dimaksudkan ialah bila mana fotografi itu menjadi gangguan kepada orang lain, terutamanya apabila kita merakam foto manusia. tidak semua orang suka gambar mereka dirakam terutamanya tanpa izin.

mereka mungkin tidak suka jika foto mereka dipaparkan di internet untuk dilihat oleh seluruh dunia. ini lebih kritikal jika gambar tersebut tidak mencerminkan individu terbabit sebagaimana yang dikehendakinya seperti gambar kandid ketika menyuap makanan.

ali rasa kebanyakan orang tidak mempunyai niat yang buruk untuk memalukan subjek di dalam foto sebegini, tetapi kita perlu juga sensitif terhadap keterbukaan individu berkenaan.

jika kita mengambil gambar jalanan secara kandid, adalah lebih elok jika identiti manusia di dalam foto berkenaan tidak ditonjolkan dengan jelas agar kita tidak mendatangkan masalah dengan tidak sengaja.

apa yang lebih memeningkan ialah apabila mengambil gambar kandid berunsurkan seksual. adakala foto di forum yang hanya menunjukkan bahagian tubuh wanita yang mengghairahkan secara kandid.

pernah juga berlaku di majlis pertunjukan fesyen dimana seorang jurugambar cuba mengambil gambar dari bawah skirt seorang model. perbuatan sebegini mencemarkan imej jurufoto secara keseluruhan dan membawa pandangan serong kepada penggiat foto.

etika tidak membataskan kreativiti dalam fotografi tetapi ia dalah garis panduan untuk melahirkan kreativiti dengan terpimpin.

jurufoto yang berhemah tidak perlu bergantung kepada populari murahan dengan menayangkan foto separa lucah yang tidak membawa apa apa erti. ada juga jurugambar yang mengambil gambar gambar seksi semata mata untuk menaikkan populariti diri mereka.

batas batas agama perlu dijaga sentiasa. jangan sampai keghairahan anda dalam berkarya, anda lupa asas  utama kita hidup atas dunia ini.

maka jika ada rakan yang baru terlibat, bagi sokongan moral kepada mereka. mudah mudahan kita semua berjaya dalam bidang ini.

maaflah.. mudah mudahan karya korang semua memberi makna kepada diri sendiri dan orang lain serta memberi manfaat kepada diri kita semua.




#jurugambar perlu peka, kreatif, sentiasa berfikir dengan keadaan sekeliling dan teknik yang digunakan.
#setiap gambar memberi impak terhadap diri seseorang yang melihat.

nantikan entry yang seterusnya tentang dunia fotografi.
*mohon tunjuk ajar*






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...