Sunday 19 January 2014

Segmen Lucky Follower by Cik Akie

Assalamualaikum
hye semua :)
jom join segmen ni. rugi tak join tau!!
si gadis manis ni nak hadiahkan top-up.
http://i1104.photobucket.com/albums/h330/akie95/tumblr_lnbb8s9lDh1qfamg6_zpsb7a3b6ec.png
klik banner untuk join!
HADIAH
Topup RM 10 x 2 pemenang
Topup RM 5 x 6 pemenang

Sahabat Kurniaan Teristimewa



Assalamualaikum :)
salam sejahtera! :D


Ahhh!! Asyik – asyik bicara soal cinta jerr kan. Tentang hati dan perasaan yang tidak kesampaian. Tentang cinta yang bagaikan di syurga.. erghhh! Adakalanya muak juga, bukan ? apa kata kali ini kita mengangkat soal persahabatan , hubungan unik yang mempunyai interprestasi berbeza buat setiap yang merasa. Tersenyum, senyum dan senyum lagi. :)))))

            Memori bersama mereka yang bergelar sahabat terlalu banyak meskipun hadirnya silih berganti. Jujurnya sahabat punya sudut istimewa di dalam hati. Biar apa pun terjadi, akan tetap kekal di situ sampai bila-bila. Kita tidak pernah tahu siapa yang selayaknya bergelar sahabat sehingga tiba detiknya. Ohhh ya ! sahabat dan kawan itu dua peranan yang berbeza. Impaknya juga tidak sama. Jika punya pengalaman jadi korang akan tahu apa maknanya. Kawan itu “ bersepah “ ada di mana-mana dan akan datang serta pergi begitu sahaja. Berbeza sahabat, ia lebih sejati dan paling penting dapat menerima diri kita apa adanya. Ada masanya mereka lebih memahami diri kita berbanding kita sendiri. Benar, bukan?

            Dalam carta hati kita, sahabat selayaknya berada di posisi ke-2. Mungkin juga ke-3 bagi yang sudah terisi hatinya dengan teman hidupnya. Tanpanya hidup tidak akan pernah sempurna. Setiap daripada kita mendambakan sahabat. Tidak tahulah jika ada yang sebaliknya. Jika benar, syabas lebih diperlukan dan dirasai berbanding “pakwe” atau  “makwe”. Keterlaluankah kata-kata ini? Mungkin juga tidak!
            Sahabat itu bukan digambarkan daripada rupa parasnya yang cantik atau kacak. Bukan juga berdasarkan apa jenis kenderaan yang dipandu. Tidak juga sama ada asalnya daripada golongan berada. Semua itu belum mampu menjamin ada mampu bergelar sahabat sejati. Apa yang dicari ialah mereka yang memahami dan menerima bukan sahaja yang indah-indah malah sisi gelap kita. Sahabat tidak akan menghindari diri apatah lagi meninggalkan kita biar apa pun yang terjadi.

            Pertengkaran dan pertelingkahan dalam asam garam persahabatan. Ya, situasi itu menyakitkan namun anggap ia sebagai proses untuk lebih saling mengenali. Waktu itu bukan hanya karakter sahabat dapat dilihat malah diri sendiri juga. Kita juga punya kelemahan dan sahabat boleh menjadi cermin yang memantulkannya. Dalam diri diselubungi  amarah, kita hanya melihat buruknya tingkah laku sahabat sedangkan kita juga apa kurangnya. Usah terlalu ego dan akui kelemahan diri. Jika ia mampu dilaksanakan, percayalah korang mampu menjadi sahabat terbaik.

            Diawal perkenalan, kita melihat sahabat sebagai seorang yang menyeronokkan. Gurau senda dan nilai tawa sentiasa menghiasi hari demi hari. Namun inilah kehidupan ada kala dugaan datang menerpa. Persahabatan ini akan teruji dengan perkara-perkara yang tidak pernah kita bayangkan. Ketika itu apa harus kita lakukan? Menghukum sahabat akan kekurangan dirinya? Menghindari dan menjauhkan diri? Pilihan akan menggambarkan siapa diri korang yang sebenarnya. Korang dambakan sahabat sejati tetapi sempurnakah diri korang?

            Dalam membina persahabatan yang kukuh, komunikasi itu penting. Berterus-terang sahaja andai yang tidak kena. Usah memendam rasa dan tidak semena-mena terus membenci sahabat. Adilkah buat pihak disana? Usah jadi seorang yang mementingkan diri sendiri. Korang mahu dilayan begitu dan begini tetapi diri sendiri tidak melakukannya. Sebenarnya sudah cukup bagus jika sahabat masih bertegur sapa walaupun berlaku perselisihan. Untung sekiranya mempunyai sahabat yang sentiasa berusaha untuk menjernihkan suasana,. Namun apa yang anda lakukan? Terus bersikap ego dan merasakan diri tidak pernah berbuat salah? Hmmmm….

            Setiap daripada kita pasti memiliki sahabat yang kini sudah tidak sehaluan. Dulu bak belangkas namun kini hanya tinggal kenangan. Masa tidak dapat diundurkan tetapi sekurang-kurangnya saling memaafkan. Muhasabah kekhilafan diri dan cuba bina kembali persahabatan itu. Ia mungkin tidak sama seperti dulu namun sekurang-kurangnya kita tidak pernah melupakannya. Ingatlah waktu-waktu indah bersama, korang  pasti akan lebih menghargai.


haaa.. ni la yang Ali gelarkan sahabat. always bagi pendapat sesama dan kalau ada salah faham cecepat selesaikan. solve, forgive and forget! :) simple prinsip.










Latih Minda Terus Positif

Assalamualikum :)
salam sejahtera ! :D

hmmm.. mengapa ramai yang malas bersenam?
salah satunya kerana minda mereka sering memberi respon negatif.
situasi ini sebenarnya turut dialami oleh mereka yang kerap melakukan aktiviti kecergasan.
ada kalanya terbit rasa bosan meskipun sudah banyak bukti yang di tawan.
minda akan terus berkata " arghh !! balik sajalah ! ".
bagaimana pun korang harus melawannya dengan berkata korang ingin meneruskannya. 
larian sebenarnya sangat membantu untuk berfikir dan menjadi lebih kreatif.
tidak tahu bagaimana untuk menarik perhatian ketika korang buat pembentangan esok, lusa, tulat, minggu depan?? haaa apa lagi ? 
LARI lahh dan dapatkan jawapannya. :P


semoga berjaya kalian ! :D








Friday 17 January 2014

PETUA CANTIK SECARA TRADISIONAL !

Assalamualaikum.. selamat petang ! :D

haaaa!! sape nak Santek ??? haha mehh amalkan petua tradisonal ! :P
Sini Ali nak kongsi sikit petua cantik secara tradisional.

1. MENEGANGKAN KULIT MUKA
  >> sediakan mentimun dan tepung ubi kayu. sebelum tu lumatkan mentimun terlebih dahulu. campurkan kedua-dua bahan tadi dan tambahkan sedikit air tapi elakkan terlalu cair..kalau tak cemana nak lekat kat muka. kemudian sapukan pada muka dan biarkan ia kering, lepas tu barulah boleh dicuci dan pastikan ia benar-benar bersih.
  

2. RAMBUT LEMBUT & CANTIK
  >> selain daripada mendapatkan rawatan rambut di salon, apa kata lakukannya di rumah sahaja kerana ia lebih jimat. lembutkan rambut dengan secekak sayur kangkung yang telah dibersihkan. masukkan ke dalam bekas dan tambahkan sedikit air. ramas sayuran itu sehingga mengeluarkan lendir. ambil lendir air dan sapukan terus pada keseluruhan rambut. biarkan seketika dan kemudian barulah dibersihkan . amalkan sekurang-kurangnya selama dua minggu bagi melihat hasilnya.

3. TINGKAT KEYAKINAN TANPA PARUT
     >> parut yang ada akan menjejaskan keyakinan serta merasa rendah diri. terutama bagi perempuan kan? hapuskan rasa itu dengan menghilangkannya dengan bantuan petua tradisional yang ni. tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat dan tambahkan sedikit air. bancuhkan bersama sama bedak sejuk dan gaul sehingga sebati. kalau korang nak pakai terus macam tu pun boleh tapi pakai sikit je tau !! setelah itu sapukan pada bahagian berparut . petua ini juga sesuai bagi mengatasi bintik-bintik hitam serta jerawat. ingat!! jangan pakai banyak banyak nanti kulit muka korang akan jadi bengkak sebab kulit kayu manis ni pedih tau.. artis malaysia yang amalkan petua kayu manis ni.. SHILA AMZAH.

 4. MENGURANGKAN KEDUTAN KULIT
     >> pasti timbul kerisauan apabila memandang cermin dan terlihat yang semakin hari semakin berkedut. tenangkan hati dengan mencuba petua lama ini. bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parut. tambahlkan pula sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. kacau sehingga sebati dan setelah itu oleskan pada wajah sebanyak sekali dalam sehari. terus amalkan petua ini sehingga dapat melihat perubahan.


5. MENCANTIKKAN KEMBALI TUMIT KAKI
    >>tumit pecah sudah tentu akan mencatatkan penampilan diri. atasinya dengan menggosokkan tumit dengan menggunakan belimbing buluh. setelah itu gosokkan pula dengan berus yang bersesuaian. selain itu atasi masalah ini dengan menggunakan kepingan asam gelugur yang di masukkan ke dalam air suam. rendamkan kaki selama 30 minit. lakukan setiap hari hingga tumit kembali cantik seperti sedia kala.

6. SCRUB MUKA
     >> ingin kan ketegangan dimuka.. ambil sebiji telur. pecahkan telur dan ambil putih telur sahaja. tambahkan lemon. kacau sehingga sebati dan sapukan kemuka. sapu tu pakai berus tau. nak lebih berkesan tambahkan cuka epal. tapi jangan buat setiap hari tau. selang selangkan ye. tunggu selama 15 minit dan bilas sampai bersih.




haa.. tak semua petua kat atas ni Ali dah try..
yang ali dah try yang kayu manis dengan telur+lemon..
dua dua berkesan! tak caye? cubalah..
kayu manis tu pedihh sikit la korang kena tahan sikit la k..
yang telur tu pulak bila pakai akan rasa betul betul tegang muka sampai nak cakap pun susah. haha
bila dah bilas muka rasa lembut dan licin jerr. hehehe!
tapi sekarang dah berhenti sebab malas! hohoho
yang nak Santek tu ???! cuba!! jangan tak cuba!!










Thursday 16 January 2014

Pencarian Bloglist Bulan Februari/Mac 2014

JOM JOIN BLOGLIST BULAN FEBRUARI/ MAC 2014 YANG DIANJURKAN OLEH SI GADIS MANIS LAGI RAMAH NI !! HADIAH BEST BEST TAU!! RUGI TAK JOIN.. JOM JOIN !!



 http://syiralokman.blogspot.com/2013/12/pencarian-bloglist-bulan-februarimac.html
































Psikologi Perkahwinan - Jangan terlalu mudah ungkap kata CERAI !

" Kita dah tak sehaluan, lebih baik jika kita bercerai saja" atau " Ceraikan saya! saya dah tak tahan nak hadapi masalah ni"


haaa... demikian begitu mudah kata cerai diungkapkan. perkataan ini nampaknya seperti sudah tidak asing lagi dalam perkahwinan di zaman moden ini..
dari sudut yg terdekat kita tengok artis dalam dan luar negara byk yg berlaku kes ceraii kann.. so kita yg bakal membina masjid ataupun yg sudah terbina? kukuh kan dengan kematangan dan kejujuran masing-masing :)

melihat betapa mudahnya pasangan bercerai, pasti ada yang tertanya- tanya apa yang dah jadi dengan insitiusi perkahwinan masa kini. lebih membuatkan kita terhenyak ketika ini adalah wanita juga sudah berani melafazkan permintaan talak daripada suami sendiri.

gara-gara pertelingkahan mungkin kerana perkara yang kecil, ucapan ' ceraikan saya! ' terkeluar dari mulut.sebegitu mudah tanpa memikirkan soal masa depan yang bakal dilalui selepas penceraian berlaku.

mengapa begini? tidak dinafikan wanita masa kini memang lebih tinggi pendidikan akademiknya, lebih berwawasan dan juga lebih berdikari termasuklah dalam aspek kewangan.

gabungan faktor ini membuatkan wanita semakin arif dalam menimbang dan memutuskan perkara berkaitan dengan kehidupan mereka. selain daripada sudut ekonomi wanita yang makin kukuh, batasan peranan dalam sesebuah rumahtangga juga sudah tiada.

tiada lagi stigma lelaki sebagai pencari nafkah dan wanita mengurus rumah tangga. waktu ini wanita dan lelaki sama-sama mencari nafkah kerana itulah sekiranya bercerai mereka yakin mampu menguruskan diri dan juga anak mereka.

dalam pada itu penceraian makin mudah berlaku dan meningkat kerana ramai pasangan muda-mudi masa kini yang kurang memahami maksud sebenar hidup berkeluarga. mereka juga kurang mengenali pasangan masing-masing meskipun berpeluang berbuat demikian ketika sedang bercinta.

waktu bercinta dipenuhi dengan aktiviti yang bersifat mendalami hati budi sebaliknya untuk keseronokan. sebab itulah setelah menjalani kehidupan berumahtangga mereka terkejut dengan sikap sebenar pasangan dan juga tanggungjawab berat setelah bergelar isteri mahupun suami. kertidaksesuaian karakter inilah yang kemudiannya menyebabkan pasangan mula berasa tidak sesuai untuk hidup bersama. dari sini lahirkan ucapan cerai dari mulut mereka.

SUKAR DIPERBAIKI
>> dalam banyak-banyak penyebab penceraian yang sukar diperbaiki, dua faktor paling utama adalah masalah ketagihan dadah, alkohol dan perasaan kurang dicintai.selain itu tidak ketinggalan adalah kecurangan.

>> sememangnya suami atau isteri yang menagih dadah dan juga alkohol tidak ramai yang mampu memperbaiki diri. dalam keadaan ini, perkahwinan akan terkandas. selain itu, mereka sukar meraih kembali kepercayaan pasangan kecuali mereka dengan sendiri mahu berusaha untuk memulihkan ketagihan yang dialami.

>> perasaan kurang dicintai pula memang tidak dinafikan mampu membawa pasangan suami isteri ke arah penceraian. sikap pasangan yang acuh tak acuh dalam melayani pasangan, tidak menonjolkan perasaan kasih sayang dan tidak menghargai apa yang dilakukan oleh pasangan kan menyebabkan suami atau isteri mula berasa tidak disayangi atau dicintai.

>> setelah lama memendam rasa, akhirnya idea berpisah mula akan bermain-main di minda . untuk apa bersatu dalam sesebuah perkahwinan jika tidak dicintai. apa yang ada di benak akhirnya akan lafaz dalam bentuk kata-kata bila sudah tidam tertahan lagi.

>> kebelakangan ini satu lagi penyebab berlakunya penceraian adalah kecurangan. sememangnya banyak faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku. antara yang boleh disenaraikan adalah tidak lagi mencintai pasangan, diabaikan, dan bertemu insan yang lebih menarik perhatia berbanding pasangan . ia adalah masalah individual yang amat serius dan selalu menjadi penyebab penceraian dalam mana-mana perkahwinan di dunia ini.


CERAI ATAU BERTAHAN
dalam pada itu ada tiga pula faktor yang menyebabkan pasangan memutuskan sama ada untuk bercerai atau bertahan.

>>> KEPUASAN YANG DIPEROLEHI DALAM PERKAHWINAN.
        -- ia termasuklah kepuasan dalam memenuhi keperluan seksual, emosi dan juga curahan kasih sayang.

>>> BESARNYA FAKTOR PENGHALANG PENCERAIAN
        -- ini termasuklah nilai-nilai agama dan anak. kegagalan memperbaiki perkahwinan yang berantakan biasanya kerap terjadi pada pasangan tanpa anak. 

>>> DAYA TARIK
        -- daya tarik ini membuatkan seseorang itu tidak lagi ragu-ragu untuk bercerai. misalnya usia yang masih muda , penampilan cantik atau perkara lain yang berkaitan dengan besarnya peluang untuk pasangan bernikah dengan orang lain selepas bercerai.



WAJIB DILAKUKAN SEBELUM BERCERAI
sebelum mengambil keputusan untuk bercerai, tidak salah jika pasangan suami isteri cuba sedaya upaya untuk mempertahankan perkahwinan mereka. dua cara berikut wajib dilakukan..

  • KAUNSELING -- bila perkahwinan dirasakan makin goyah maka sudah tiba masanya untuk pasangan suami isteri ini mencari pihak profesional atau berpengalaman dalam bidang kaunseling rumah tangga. hasil kaunseling akan lebih berkesan jika pasangan datang bersama-sama. masalah akan lebih jelas dan lebih cepat diatasi.
  • BERPISAH SEMENTARA -- ia adalah pilihan terbaik jika konflik rumah tangga tidak juga reda meskipun anda sudah berusaha untuk mengatasinya. namun isteri terus berkomunikasi. perpisahan sementara ini dilihat sebagai jambatan untuk memperbaiki hubungan dan bukannya untuk menghindari masalah atau persoalan.

*ingat!! Allah tak suka kan penceraian! :)







Ghazali Rani


Tuesday 14 January 2014

DUNIA LELAKI ~~ jom kenali ciri suami MITHALI !!

mempunyai suami MITHALI pasti impian setiap wanita. namun tidak mudah untuk mendapatkannya lebih-lebih apabila ia membabitkan soal perasaan.. kann.. kata orang kalau dah sayang, semuanya jadi indah belaka sehinggakan tidak nampak kekurangan pada dirinya. haa kannn kann :)

Dalam memilih pasangan, wanita jangan ikutkan hati sangat kerana memilih calon suami yang baik memerlukan kesabaran yang tinggi. kalau boleh pastikan ciri-ciri di bawah ini memenuhi lelaki pilihan kerana itulah dia antara ciri-ciri suami mithali. Jika semua ini ada pada lelaki tersebut nescaya bahagialah hidup korang bersamanya. :)

haa.. wanita?? jomm kenali bakal lelaki korang! jom baca !!
= BERIMAN =
> perkara pertama yang mesti dilihat pada seorang lelaki adalah kekuatan pegangan agamanya.. haaa yang penting!! lelaki yang beriman pasti sentiasa menjaga solat fardu lima waktu, kerap berjemaah dan menunaikan solat pada awal waktu. lelaki jenis ni juga sentiasa memelihara auratnya dan mengenakan pakaian yang sopan. sifat ini dapat dilihat ketika lelaki tersebut bersukan dan harus diingat bahawa aurat lelaki adalah di bawah lutut.

= AKHLAK TERPUJI =
>mempunyai akhlak yang baik adalah seseorang yang nampak tegas tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. pertuturannya dengan nada sopan sekali gus melambangkan keperibadian hatinya yang mulia. tahukah wanita??? lelaki juga mempunyai etika kesopanan yang tersendiri sama seperti wanita.

= JAGA MARUAH DIRI =
>seperti wanita, golongan lelaki juga perlu bijak dan tegas dalam mempertahankan maruah diri. adalah menjadi impian setiap wanita sekiranya calon suami yang dicari bukan kaki kelab malam atau kuat bersosial. paling penting, lelaki jenis ini tidak sesekali akan mengunjungi tempat yang boleh mendatangkan fitnah.

= AMANAH =
> sifat seperti ini perlu ada dalam diri setiap lelaki sama ada bujang atau sudah berkahwin. mereka perlu memegang amanah supaya tidak hilang kepercayaan daripada wanita tersayang. ini kerana ada segelintir lelaki zaman moden yang tidak berpegang teguh pada amanah yang deberikan. antara sifat yang tidak amanah adalah mengabaikan tugas yang diberikan dan menyalahgunakan kuasa serta kedudukan.

= BIJAK URUS WANG =
>bagi wanita lelaki yang tidak kedekut termasuk dalam kreteria pemilihan pasangan, ini kerana wanita memerlukan lelaki yang boleh membimbing mereka dalam penggunaan eang terutama bagi wanita yang gemar membeli belah, wanita mahukan seseorang lelaki yang tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.  

=JAGA PANDANGAN=
<Ciri lelaki beriman pastinya bijak menjaga pandangan dengan tidak mudah melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang berbicara dengan p[asangan mereka. bagi wanita sekiranya, situasi ini terjadi mereka akan tercabar dan akan memikirkan bahawa mereka belum cukup sempurna berbanding perempuan perempuan yang dilihat seterusnya mengurangkan rasa keyakinan dalam diri mereka, jika dihadapan pasangan sendiri lelaki sudah berani melihat perempuan lain, apatah lagi jika dia tidak bersama mereka.

=PERGAULAN TERBATAS=
<Pergaulan yang terbatas bukan sahaja pada perempuan tetapi juga perlu  ada pada lelaki. adalah apabila mereka tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun tahu dirinya mampunberbuat demikian.lelaki yang mempunyai ciri ini akan memikirkan maruah keluarga serta isteri mereka jika mereka melakukan sesuatu diluar batasan.

=RAKAN PERGAULAN YANG BAIK=
<Jika ingin mengenali seseorang, kenali jugalah rakan-rakannya. ini kerana peirlaku rakan-rakan sedikit sebanyak akan menggambarkan perilaku seseorang lelaki. rakan pergaulan seseprang itu buasanya mempunyai tabiat serta minat yang sama.. misalnya jika seorang lelaki berkawan baik dengan kaki disko bermakna ada kemungkinan bahawa dia juga turut mempunyai tabiat yang sama. 




WHAT MONEY CAN BUY
A bed but not sleep
Computer but not brain
Finery but not beauty
Food but not appetite
A house but not a home
Medicine but not health
Luxuries but not culture
A musements but not happiness
A acquintance but not friends
Obedience but not faithfullness
Sex but not love.




Ghazali Rani



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...