Tuesday, 14 January 2014

DUNIA LELAKI ~~ jom kenali ciri suami MITHALI !!

mempunyai suami MITHALI pasti impian setiap wanita. namun tidak mudah untuk mendapatkannya lebih-lebih apabila ia membabitkan soal perasaan.. kann.. kata orang kalau dah sayang, semuanya jadi indah belaka sehinggakan tidak nampak kekurangan pada dirinya. haa kannn kann :)

Dalam memilih pasangan, wanita jangan ikutkan hati sangat kerana memilih calon suami yang baik memerlukan kesabaran yang tinggi. kalau boleh pastikan ciri-ciri di bawah ini memenuhi lelaki pilihan kerana itulah dia antara ciri-ciri suami mithali. Jika semua ini ada pada lelaki tersebut nescaya bahagialah hidup korang bersamanya. :)

haa.. wanita?? jomm kenali bakal lelaki korang! jom baca !!
= BERIMAN =
> perkara pertama yang mesti dilihat pada seorang lelaki adalah kekuatan pegangan agamanya.. haaa yang penting!! lelaki yang beriman pasti sentiasa menjaga solat fardu lima waktu, kerap berjemaah dan menunaikan solat pada awal waktu. lelaki jenis ni juga sentiasa memelihara auratnya dan mengenakan pakaian yang sopan. sifat ini dapat dilihat ketika lelaki tersebut bersukan dan harus diingat bahawa aurat lelaki adalah di bawah lutut.

= AKHLAK TERPUJI =
>mempunyai akhlak yang baik adalah seseorang yang nampak tegas tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. pertuturannya dengan nada sopan sekali gus melambangkan keperibadian hatinya yang mulia. tahukah wanita??? lelaki juga mempunyai etika kesopanan yang tersendiri sama seperti wanita.

= JAGA MARUAH DIRI =
>seperti wanita, golongan lelaki juga perlu bijak dan tegas dalam mempertahankan maruah diri. adalah menjadi impian setiap wanita sekiranya calon suami yang dicari bukan kaki kelab malam atau kuat bersosial. paling penting, lelaki jenis ini tidak sesekali akan mengunjungi tempat yang boleh mendatangkan fitnah.

= AMANAH =
> sifat seperti ini perlu ada dalam diri setiap lelaki sama ada bujang atau sudah berkahwin. mereka perlu memegang amanah supaya tidak hilang kepercayaan daripada wanita tersayang. ini kerana ada segelintir lelaki zaman moden yang tidak berpegang teguh pada amanah yang deberikan. antara sifat yang tidak amanah adalah mengabaikan tugas yang diberikan dan menyalahgunakan kuasa serta kedudukan.

= BIJAK URUS WANG =
>bagi wanita lelaki yang tidak kedekut termasuk dalam kreteria pemilihan pasangan, ini kerana wanita memerlukan lelaki yang boleh membimbing mereka dalam penggunaan eang terutama bagi wanita yang gemar membeli belah, wanita mahukan seseorang lelaki yang tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.  

=JAGA PANDANGAN=
<Ciri lelaki beriman pastinya bijak menjaga pandangan dengan tidak mudah melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang berbicara dengan p[asangan mereka. bagi wanita sekiranya, situasi ini terjadi mereka akan tercabar dan akan memikirkan bahawa mereka belum cukup sempurna berbanding perempuan perempuan yang dilihat seterusnya mengurangkan rasa keyakinan dalam diri mereka, jika dihadapan pasangan sendiri lelaki sudah berani melihat perempuan lain, apatah lagi jika dia tidak bersama mereka.

=PERGAULAN TERBATAS=
<Pergaulan yang terbatas bukan sahaja pada perempuan tetapi juga perlu  ada pada lelaki. adalah apabila mereka tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun tahu dirinya mampunberbuat demikian.lelaki yang mempunyai ciri ini akan memikirkan maruah keluarga serta isteri mereka jika mereka melakukan sesuatu diluar batasan.

=RAKAN PERGAULAN YANG BAIK=
<Jika ingin mengenali seseorang, kenali jugalah rakan-rakannya. ini kerana peirlaku rakan-rakan sedikit sebanyak akan menggambarkan perilaku seseorang lelaki. rakan pergaulan seseprang itu buasanya mempunyai tabiat serta minat yang sama.. misalnya jika seorang lelaki berkawan baik dengan kaki disko bermakna ada kemungkinan bahawa dia juga turut mempunyai tabiat yang sama. 




WHAT MONEY CAN BUY
A bed but not sleep
Computer but not brain
Finery but not beauty
Food but not appetite
A house but not a home
Medicine but not health
Luxuries but not culture
A musements but not happiness
A acquintance but not friends
Obedience but not faithfullness
Sex but not love.




Ghazali Rani



2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...