Assalamualaikum :)
salam sejahtera! :D
Ahhh!!
Asyik – asyik bicara soal cinta jerr kan. Tentang hati dan perasaan yang tidak
kesampaian. Tentang cinta yang bagaikan di syurga.. erghhh! Adakalanya muak juga, bukan ? apa kata kali ini kita
mengangkat soal persahabatan , hubungan unik yang mempunyai interprestasi
berbeza buat setiap yang merasa. Tersenyum, senyum dan senyum lagi. :)))))
Memori bersama mereka yang bergelar sahabat terlalu
banyak meskipun hadirnya silih berganti. Jujurnya sahabat punya sudut istimewa
di dalam hati. Biar apa pun terjadi, akan tetap kekal di situ sampai bila-bila.
Kita tidak pernah tahu siapa yang selayaknya bergelar sahabat sehingga tiba
detiknya. Ohhh ya ! sahabat dan kawan itu dua peranan yang berbeza. Impaknya juga
tidak sama. Jika punya pengalaman jadi korang akan tahu apa maknanya. Kawan itu
“ bersepah “ ada di mana-mana dan akan datang serta pergi begitu sahaja. Berbeza
sahabat, ia lebih sejati dan paling penting dapat menerima diri kita apa
adanya. Ada masanya mereka lebih memahami diri kita berbanding kita sendiri. Benar,
bukan?
Dalam carta hati kita, sahabat selayaknya berada di
posisi ke-2. Mungkin juga ke-3 bagi yang sudah terisi hatinya dengan teman
hidupnya. Tanpanya hidup tidak akan pernah sempurna. Setiap daripada kita
mendambakan sahabat. Tidak tahulah jika ada yang sebaliknya. Jika benar, syabas
lebih diperlukan dan dirasai berbanding “pakwe” atau “makwe”. Keterlaluankah kata-kata ini? Mungkin
juga tidak!
Sahabat itu bukan digambarkan daripada rupa parasnya yang
cantik atau kacak. Bukan juga berdasarkan apa jenis kenderaan yang dipandu. Tidak
juga sama ada asalnya daripada golongan berada. Semua itu belum mampu menjamin
ada mampu bergelar sahabat sejati. Apa yang dicari ialah mereka yang memahami
dan menerima bukan sahaja yang indah-indah malah sisi gelap kita. Sahabat tidak
akan menghindari diri apatah lagi meninggalkan kita biar apa pun yang terjadi.
Pertengkaran dan pertelingkahan dalam asam garam
persahabatan. Ya, situasi itu menyakitkan namun anggap ia sebagai proses untuk
lebih saling mengenali. Waktu itu bukan hanya karakter sahabat dapat dilihat
malah diri sendiri juga. Kita juga punya kelemahan dan sahabat boleh menjadi
cermin yang memantulkannya. Dalam diri diselubungi amarah, kita hanya melihat buruknya tingkah
laku sahabat sedangkan kita juga apa kurangnya. Usah terlalu ego dan akui
kelemahan diri. Jika ia mampu dilaksanakan, percayalah korang mampu menjadi
sahabat terbaik.
Diawal perkenalan, kita melihat sahabat sebagai seorang
yang menyeronokkan. Gurau senda dan nilai tawa sentiasa menghiasi hari demi
hari. Namun inilah kehidupan ada kala dugaan datang menerpa. Persahabatan ini
akan teruji dengan perkara-perkara yang tidak pernah kita bayangkan. Ketika itu
apa harus kita lakukan? Menghukum sahabat akan kekurangan dirinya? Menghindari dan
menjauhkan diri? Pilihan akan menggambarkan siapa diri korang yang sebenarnya. Korang
dambakan sahabat sejati tetapi sempurnakah diri korang?
Dalam membina persahabatan yang kukuh, komunikasi itu
penting. Berterus-terang sahaja andai yang tidak kena. Usah memendam rasa dan
tidak semena-mena terus membenci sahabat. Adilkah buat pihak disana? Usah jadi
seorang yang mementingkan diri sendiri. Korang mahu dilayan begitu dan begini
tetapi diri sendiri tidak melakukannya. Sebenarnya sudah cukup bagus jika
sahabat masih bertegur sapa walaupun berlaku perselisihan. Untung sekiranya
mempunyai sahabat yang sentiasa berusaha untuk menjernihkan suasana,. Namun apa
yang anda lakukan? Terus bersikap ego dan merasakan diri tidak pernah berbuat
salah? Hmmmm….
Setiap daripada kita pasti memiliki sahabat yang kini
sudah tidak sehaluan. Dulu bak belangkas namun kini hanya tinggal kenangan. Masa
tidak dapat diundurkan tetapi sekurang-kurangnya saling memaafkan. Muhasabah kekhilafan
diri dan cuba bina kembali persahabatan itu. Ia mungkin tidak sama seperti dulu
namun sekurang-kurangnya kita tidak pernah melupakannya. Ingatlah waktu-waktu
indah bersama, korang pasti akan lebih
menghargai.
haaa.. ni la yang Ali gelarkan sahabat. always bagi pendapat sesama dan kalau ada salah faham cecepat selesaikan. solve, forgive and forget! :) simple prinsip. |
photoshoot kt mne ?? tak ajaaaakkkkk
ReplyDeletecantik tempatnya wan. dekat klebang restu.. dekat dekat.. ni masa kakak az tunang..
Deletebro blog ini berat sikit.. hihi. but nice.. singgah sini
ReplyDelete