Friday, 17 January 2014

PETUA CANTIK SECARA TRADISIONAL !

Assalamualaikum.. selamat petang ! :D

haaaa!! sape nak Santek ??? haha mehh amalkan petua tradisonal ! :P
Sini Ali nak kongsi sikit petua cantik secara tradisional.

1. MENEGANGKAN KULIT MUKA
  >> sediakan mentimun dan tepung ubi kayu. sebelum tu lumatkan mentimun terlebih dahulu. campurkan kedua-dua bahan tadi dan tambahkan sedikit air tapi elakkan terlalu cair..kalau tak cemana nak lekat kat muka. kemudian sapukan pada muka dan biarkan ia kering, lepas tu barulah boleh dicuci dan pastikan ia benar-benar bersih.
  

2. RAMBUT LEMBUT & CANTIK
  >> selain daripada mendapatkan rawatan rambut di salon, apa kata lakukannya di rumah sahaja kerana ia lebih jimat. lembutkan rambut dengan secekak sayur kangkung yang telah dibersihkan. masukkan ke dalam bekas dan tambahkan sedikit air. ramas sayuran itu sehingga mengeluarkan lendir. ambil lendir air dan sapukan terus pada keseluruhan rambut. biarkan seketika dan kemudian barulah dibersihkan . amalkan sekurang-kurangnya selama dua minggu bagi melihat hasilnya.

3. TINGKAT KEYAKINAN TANPA PARUT
     >> parut yang ada akan menjejaskan keyakinan serta merasa rendah diri. terutama bagi perempuan kan? hapuskan rasa itu dengan menghilangkannya dengan bantuan petua tradisional yang ni. tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat dan tambahkan sedikit air. bancuhkan bersama sama bedak sejuk dan gaul sehingga sebati. kalau korang nak pakai terus macam tu pun boleh tapi pakai sikit je tau !! setelah itu sapukan pada bahagian berparut . petua ini juga sesuai bagi mengatasi bintik-bintik hitam serta jerawat. ingat!! jangan pakai banyak banyak nanti kulit muka korang akan jadi bengkak sebab kulit kayu manis ni pedih tau.. artis malaysia yang amalkan petua kayu manis ni.. SHILA AMZAH.

 4. MENGURANGKAN KEDUTAN KULIT
     >> pasti timbul kerisauan apabila memandang cermin dan terlihat yang semakin hari semakin berkedut. tenangkan hati dengan mencuba petua lama ini. bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parut. tambahlkan pula sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. kacau sehingga sebati dan setelah itu oleskan pada wajah sebanyak sekali dalam sehari. terus amalkan petua ini sehingga dapat melihat perubahan.


5. MENCANTIKKAN KEMBALI TUMIT KAKI
    >>tumit pecah sudah tentu akan mencatatkan penampilan diri. atasinya dengan menggosokkan tumit dengan menggunakan belimbing buluh. setelah itu gosokkan pula dengan berus yang bersesuaian. selain itu atasi masalah ini dengan menggunakan kepingan asam gelugur yang di masukkan ke dalam air suam. rendamkan kaki selama 30 minit. lakukan setiap hari hingga tumit kembali cantik seperti sedia kala.

6. SCRUB MUKA
     >> ingin kan ketegangan dimuka.. ambil sebiji telur. pecahkan telur dan ambil putih telur sahaja. tambahkan lemon. kacau sehingga sebati dan sapukan kemuka. sapu tu pakai berus tau. nak lebih berkesan tambahkan cuka epal. tapi jangan buat setiap hari tau. selang selangkan ye. tunggu selama 15 minit dan bilas sampai bersih.




haa.. tak semua petua kat atas ni Ali dah try..
yang ali dah try yang kayu manis dengan telur+lemon..
dua dua berkesan! tak caye? cubalah..
kayu manis tu pedihh sikit la korang kena tahan sikit la k..
yang telur tu pulak bila pakai akan rasa betul betul tegang muka sampai nak cakap pun susah. haha
bila dah bilas muka rasa lembut dan licin jerr. hehehe!
tapi sekarang dah berhenti sebab malas! hohoho
yang nak Santek tu ???! cuba!! jangan tak cuba!!










1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...