Monday, 13 January 2014

KURUS PALING CEPAT !! *23 cara MUDAH* *bakar 500 KALORI* *tidak perlu BERLAPAR*

Baiklah.. sini saya nak kongsi sikit mengenai mengurangkan berat badan.. kalau nak ikut, ikut lah ni cuma cadangan saya jer. ok? .

ok! salah satu cara yg paling ASAS dan BERKESAN utk menurunkan berat badan adalah dgn mengurangkan kalori. tapi, berapa byklah yg perlu korang bakar untuk mendapatkan hasilnya?? huh?? kalau korang boleh kurangkan jumlah hidangan dalam sehari di samping senaman yg tepat, tidak mustahil korang akan dapat membakar 500 kalori SETIAP HARI..

Jadi... untuk mendapatkan bentuk badan yg langsing dalam masa yang cepat dan sihat, cubalah cara ni : :)

1. GERAKKAN KAKI.
 untuk beberapa hari, cubalah berjalan setiap kali anda menjawab panggilan telefon, turun tangga di pejabat ke rumah ke ulangalik dari ruang tamu ke dapur ke dan sebagainya. cara ini boleh membantu anda untuk mendapatkan badan yang langsing dalam masa singkat. 

2. MULAKAN DENGAN KACANG
tidak tahan dengan godaan? makanlah kacang.. kacang mengandungi lemak untuk jantung yang sihat. contohnya, satu auns kacang panggang mempunyai 175 kalori atau dua genggam kacang PISTACHIOS mengandungi 159 kalori. *pistachios rasa dia sedap giler tp mahal la*

3. JANGAN MAKAN DEPAN TV
menurut kajian dari Universiti of Massachusetts, apabila korang makan sambil menonton tv, ia akan menambah kepada 288 kalori. sebaliknya, korang makan lah kat meja makan.

4. KURANGKAN HIASAN SALAD
memang hidangan salad baik untuk kesihatan tapi terlalu banyak hiasan seperti keju, kacang atau buah-buahan kering boleh menambahkan kalori dalam salad tersebut.

5. PINGGAN LEBIH KECIL
biasanya korang menggunakan pinggan yang besar dan akan memastikan semua makan berada dalam pinggan korang kan, so mulai hari ni tukarlah pinggan korang kepada yang lebih kecil kerana ia akan membuatkan korang makan berkurangan antara 20% - 25%.

6. KRIM MINUMAN YANG SIHAT
menikmati hidangan petang yang sihat dengan minuman kegemaran korang. namun, kopi mengandungi 670 kalori.cubalah untuk menikmati minuman yang hanya mengandungi 30 kalori sahaja. *cari snediri lah ye hehe*

7. BEKAS KECIL UNTUK SNEK.
jangan sesekali makan snek dari bekas atau kotak kerana ia akan membuatkan korang makan sampai habis dan kosong. so, korang pandai pandai la cari bekas kecil pastu sukat dan perlu tak korang makan snek? ok.?

8. AMBIL DAN DUDUK
meraikan majlis - majlis tertentu dengan  pelbagai makan membuatkan kaki korang tak berganjak adri meja utama kan? apa kata, korang ambil makanan dan makanlah meja yang disediakan kalau boleh pilih meja yang jauh dari meja utama.. sebab nanti korang akan rasa macam malas nak pergi ambil makanan. hehe

9. KOKTEL UNTUK KURUS
memasukkan jus, buah-buahan, sirap dan krim untuk menghasilkan pencuci mulut yang enak boleh menambahkan sehingga 800 kalori tau, cubalah minum air soda atau jus SAHAJA tanpa ada tambahan lain untuk mengelakkan penambahan kalori.

10.KURANGKAN MAKAN PASTA
satu cawan pasta mengandungi 220 kalori. walau bagaimanapun, menurut penyelidikan yang dilakukan di NY Universiti, makan malam hidangan pasta di restoran boleh menjadi sebanyak 480% lebih besar daripada satu cawan pasta. hah1 lagi satu.. sape yang suka sangat makan mee tuu.. kalau korang nak tahu mee la yang membuatkan 100% jadi gemuk tau..

11. JANGAN LICINKAN PINGGAN
menurut James O. Hill, penulis The Step Diet, setiap kali korang menikmati hidangan, tinggalkan 25% makanan di atas pinggan. contohnya jika korang makan 2000 kalori setiap hari, korang dapat kurangkan 500 kalori. tapi membazir tu kan amalan syaitan so lebih baik kita ambil hidangan ala kadar jer jangan ikut Nafsu ok?.

12. BUAT SENDIRI PENCUCI MULUT
korang boleh mencuba untuk menyediakan sendiri pencuci mulut yang sihat dan sihat. ini untuk membantu korang mengira kalori yang akan masuk dalam badan korang,.

13. MULAKAN SARAPAN YANG SIHAT
setiap kali sarapan, 800 kalori atau lebih akan di ambil. untuk menjimatkan 518 kalori, cubalah permulaan pagi dengan oatmeal bersama gula perang atau hirisan pisang dan secawan kopi/teh.

14. HATI-HATI PERANGKAP MAKANAN SIHAT
makanan sihat membuatka korang cenderung untuk memesan makanan tersebut. ingat!! walaupun hidangan utama sihat tetapi kalori tetap bertambah sehingga 131% dengan adanya minuman dan pencuci mulut.

15. MINYAK TERSEMBUNYI
mengukus, merebus atau panggang akan menjimatkan 124 kalori bagi setiap sudu besar minyak namun korang masih boleh gantikan dengan minyak zaitun kerana ia mengurangkan 40 kalori setiap sudu.

16. TIDUR YANG CUKUP ATAU LEBIHKAN MASA TIDUR.
kurang tidur boleh menyebabkan anda cepat merasa lapar. pastikan korang mendapat tidur yang cukup sekurang kurangnya 8 jam sehari. 

17. BUANG TABIAT MINUM SODA.
walaupun minuman soda dikatakan dapat membantu dalam diet korang tetapi ia juga boleh menambahkan kalori dalam badan. anda boleh hilangkan dahaga dengan minum air putih.

18. SARAPAN RINGKAS
sarapan dengan dua biji telur rebus atau separuh masak dapat membekalkan tenaga sepanjang hari. malah, sebelum korang makan tengahari dan makan malam, nikmatilah satu cawan sup terlebih dahulu.

19. POPCORN PEMBAWA LEMAK
kebanyakan popcorn yang ada di kedai mengandungi banyak kalori. cubalah untuk membuat sendiri yang sihat dan 94% bebas lemak.

20. BERHENTI MAKAN SEBELUM KENYANG.
jangan makan sehingga perut korang merasa penuh sampai nampak buncit.. dengarlah isyarat badan dan bukannya melicinkan makanan di dalam pinggan korang.

21. MINUMAN MANIS.
jus buah-buahan yang dicampur dengan gula tambahan mempunyai 400 kalori. pilihlah minuman jus yang berasaskan buah buahan tanpa gula tambahan.

22, KIRA KALORI HIDANGAN
jika korang memesan makanan nasi goreng udang, ia mengandungi 350 kalori setiap hidangan. ini bermakna korang boleh membahagikan kepada empat hidangan untuk dikongsi bersama kawan kawan.

23.  JANGAN TERGODA!
jangan mudah tergoda dengan makanan kegemaran korang yang mengandungi banyak kalori. contohnya, elakkan makanan yang banyak lemak. setidak tidaknya korang mengurangkan sebanyak 550kalori. kalau boleh korang cuba tukar makanan kegemaran yang lebih sihat. ok..


*cara ni cuma benda asas dalam berdiet*






Ghazali Rani

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...