Thursday 16 January 2014

Psikologi Perkahwinan - Jangan terlalu mudah ungkap kata CERAI !

" Kita dah tak sehaluan, lebih baik jika kita bercerai saja" atau " Ceraikan saya! saya dah tak tahan nak hadapi masalah ni"


haaa... demikian begitu mudah kata cerai diungkapkan. perkataan ini nampaknya seperti sudah tidak asing lagi dalam perkahwinan di zaman moden ini..
dari sudut yg terdekat kita tengok artis dalam dan luar negara byk yg berlaku kes ceraii kann.. so kita yg bakal membina masjid ataupun yg sudah terbina? kukuh kan dengan kematangan dan kejujuran masing-masing :)

melihat betapa mudahnya pasangan bercerai, pasti ada yang tertanya- tanya apa yang dah jadi dengan insitiusi perkahwinan masa kini. lebih membuatkan kita terhenyak ketika ini adalah wanita juga sudah berani melafazkan permintaan talak daripada suami sendiri.

gara-gara pertelingkahan mungkin kerana perkara yang kecil, ucapan ' ceraikan saya! ' terkeluar dari mulut.sebegitu mudah tanpa memikirkan soal masa depan yang bakal dilalui selepas penceraian berlaku.

mengapa begini? tidak dinafikan wanita masa kini memang lebih tinggi pendidikan akademiknya, lebih berwawasan dan juga lebih berdikari termasuklah dalam aspek kewangan.

gabungan faktor ini membuatkan wanita semakin arif dalam menimbang dan memutuskan perkara berkaitan dengan kehidupan mereka. selain daripada sudut ekonomi wanita yang makin kukuh, batasan peranan dalam sesebuah rumahtangga juga sudah tiada.

tiada lagi stigma lelaki sebagai pencari nafkah dan wanita mengurus rumah tangga. waktu ini wanita dan lelaki sama-sama mencari nafkah kerana itulah sekiranya bercerai mereka yakin mampu menguruskan diri dan juga anak mereka.

dalam pada itu penceraian makin mudah berlaku dan meningkat kerana ramai pasangan muda-mudi masa kini yang kurang memahami maksud sebenar hidup berkeluarga. mereka juga kurang mengenali pasangan masing-masing meskipun berpeluang berbuat demikian ketika sedang bercinta.

waktu bercinta dipenuhi dengan aktiviti yang bersifat mendalami hati budi sebaliknya untuk keseronokan. sebab itulah setelah menjalani kehidupan berumahtangga mereka terkejut dengan sikap sebenar pasangan dan juga tanggungjawab berat setelah bergelar isteri mahupun suami. kertidaksesuaian karakter inilah yang kemudiannya menyebabkan pasangan mula berasa tidak sesuai untuk hidup bersama. dari sini lahirkan ucapan cerai dari mulut mereka.

SUKAR DIPERBAIKI
>> dalam banyak-banyak penyebab penceraian yang sukar diperbaiki, dua faktor paling utama adalah masalah ketagihan dadah, alkohol dan perasaan kurang dicintai.selain itu tidak ketinggalan adalah kecurangan.

>> sememangnya suami atau isteri yang menagih dadah dan juga alkohol tidak ramai yang mampu memperbaiki diri. dalam keadaan ini, perkahwinan akan terkandas. selain itu, mereka sukar meraih kembali kepercayaan pasangan kecuali mereka dengan sendiri mahu berusaha untuk memulihkan ketagihan yang dialami.

>> perasaan kurang dicintai pula memang tidak dinafikan mampu membawa pasangan suami isteri ke arah penceraian. sikap pasangan yang acuh tak acuh dalam melayani pasangan, tidak menonjolkan perasaan kasih sayang dan tidak menghargai apa yang dilakukan oleh pasangan kan menyebabkan suami atau isteri mula berasa tidak disayangi atau dicintai.

>> setelah lama memendam rasa, akhirnya idea berpisah mula akan bermain-main di minda . untuk apa bersatu dalam sesebuah perkahwinan jika tidak dicintai. apa yang ada di benak akhirnya akan lafaz dalam bentuk kata-kata bila sudah tidam tertahan lagi.

>> kebelakangan ini satu lagi penyebab berlakunya penceraian adalah kecurangan. sememangnya banyak faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku. antara yang boleh disenaraikan adalah tidak lagi mencintai pasangan, diabaikan, dan bertemu insan yang lebih menarik perhatia berbanding pasangan . ia adalah masalah individual yang amat serius dan selalu menjadi penyebab penceraian dalam mana-mana perkahwinan di dunia ini.


CERAI ATAU BERTAHAN
dalam pada itu ada tiga pula faktor yang menyebabkan pasangan memutuskan sama ada untuk bercerai atau bertahan.

>>> KEPUASAN YANG DIPEROLEHI DALAM PERKAHWINAN.
        -- ia termasuklah kepuasan dalam memenuhi keperluan seksual, emosi dan juga curahan kasih sayang.

>>> BESARNYA FAKTOR PENGHALANG PENCERAIAN
        -- ini termasuklah nilai-nilai agama dan anak. kegagalan memperbaiki perkahwinan yang berantakan biasanya kerap terjadi pada pasangan tanpa anak. 

>>> DAYA TARIK
        -- daya tarik ini membuatkan seseorang itu tidak lagi ragu-ragu untuk bercerai. misalnya usia yang masih muda , penampilan cantik atau perkara lain yang berkaitan dengan besarnya peluang untuk pasangan bernikah dengan orang lain selepas bercerai.



WAJIB DILAKUKAN SEBELUM BERCERAI
sebelum mengambil keputusan untuk bercerai, tidak salah jika pasangan suami isteri cuba sedaya upaya untuk mempertahankan perkahwinan mereka. dua cara berikut wajib dilakukan..

  • KAUNSELING -- bila perkahwinan dirasakan makin goyah maka sudah tiba masanya untuk pasangan suami isteri ini mencari pihak profesional atau berpengalaman dalam bidang kaunseling rumah tangga. hasil kaunseling akan lebih berkesan jika pasangan datang bersama-sama. masalah akan lebih jelas dan lebih cepat diatasi.
  • BERPISAH SEMENTARA -- ia adalah pilihan terbaik jika konflik rumah tangga tidak juga reda meskipun anda sudah berusaha untuk mengatasinya. namun isteri terus berkomunikasi. perpisahan sementara ini dilihat sebagai jambatan untuk memperbaiki hubungan dan bukannya untuk menghindari masalah atau persoalan.

*ingat!! Allah tak suka kan penceraian! :)







Ghazali Rani


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...